Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu

Assalamualaikum W.B.T


Isu ini berkaitan dengan lahad datu. Well, ramai mempertikaikan tentang isu ini sekarang . Ada yang mengaitkannya dengan konspirasi politik laa, itu laaa, ini laaaa .. Hakikatnya Allah saja yang tau. Allah cuba nak uji kita, jadi sekarang ni bukan masanya untuk kita menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sama-sama kita berdoa demi kesejahteraan sejagat.

Ini ada sedikit statement yang aku copy dari fb.

ISU LAHAD DATU

"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"

Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,

Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,

Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..

Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..

Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."

Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."



Okay, bagi sesiapa yang membuta tuli kata kerajaan macam ini  laah itulahh , cuba bersabar sikit sebab kerajaan gerakkan polis dan bukan tentera dan askar kerana mereka dibawah perintah Agung.  Ce ang bayangkan kalau Sabah nun dikeluarkan perintah darurat? Nak makan pon susah , hape kejadah sume susah . Depa pon rakyat Malaysia. Ang sini boleh makan sesedapa rasa, kua ikut kaki ang nak p mana. Depa kena kais pg makan pg, duduk dalam rumah hati-hati mengambil langkah berjaga2 .


Apa-apaponn selamat berpikir dan beramal . 
maaf jika mengguris hati sesiapa :)






2 comments: